Saturday, April 7, 2012

Jadual Perjalanan di Belanda dan Belgium

Semalam dapat call daripada travel agent nak beritahu serba-sedikit informasi mengenai jadual penerbangan, keperluan dan cuaca di negara Belanda dan Belgium. Kami dikehendaki berkumpul di KLIA pada pukul 9 malam 11.4.12 ni.. tak lama dah tu, tinggal beberapa hari je lagi. Suhu di sana, dianggarkan diantara 3-13 darjah selsius. Sejuknya, aku ni jenis tak tahan sejuk. Bayangkan, aircond dalam bilik pun aku set 25 darjah selsius je. Dulu, masa aku kerja di hospital kerajaan di Alor Setar, aircond kat klinik sejuk sangat. Kalau tiba-tiba aircond ditutup, tahulah siapa punya kerja... aku lah! hehe...satu suis untuk satu koridor bilik sebab kat situ guna centralised aircond system..


Rasanya, tak perlulah aku nak huraikan pasal itinerary kat atas ni. Sebab kadang-kadang jadual ni berubah mengikut selera majoriti. Lagipun, aku tak reti lah nak sebut nama tempat-tempat tu..hehe

aku doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Juga memberi pengalaman baru yang sangat berharga untuk dikongsi bersama bila pulang nanti. Insya-Allah, adalah souvenir untuk rakan-rakan di Malaysia nanti.

Friday, April 6, 2012

Kes Ragut di Vietnam

Pengalaman aku melancong ke bandar Ho Chi Minh tidak akan dilupakan. Walaupun singkat tapi banyak pengalaman baru dan berbeza dibandingkan dengan negara-negara lain ataupun Malaysia. Kes ragut memang biasa kita dengar di tempat kita. Ada kes ragut sehingga meragut nyawa apabila mangsa ragut diseret oleh motorsikal peragut ataupun dilanggar kenderaan lain. Jenayah seperti ini juga berlaku di Ho Chi Minh atau Saigon City.

melancong percuma ke serata dunia bersama premium beautiful business
Kejadian ini berlaku ketika rombongan bas kami tiba ke Hotel Equatorial. Semua orang turun tanpa menghiraukan dua orang vietnam atas motorsikal sedang memerhatikan kami. Tiba-tiba dua orang ni memecut laju sambil menarik beg tangan kawan aku. Kawan aku ni cuba melawan tapi terjatuh dan beg tu berjaya dilarikan peragut-peragut tu.

Kami tak sempat nak berbuat apa-apa, tourist guide tu kata harapan nak dapatkan balik beg tu memang tipis. Kitorang tenangkan kawan aku ni, trauma betul. Aku tolong cuci dan balut luka kat lengan dia. Jumlah kerugian dianggarkan lebih RM4 ribu termasuk duit tunai, kamera, handphone, kad atm dan kad kredit. Lepas call bank matikan servis kad tu semua, dia pergi balai polis buat repot. Yang penting passport kami selamat sebab disimpan oleh tourist guide.

Pengajaran, kepada korang yang bercadang nak pergi melancong ke vietnam. Sentiasa berhati-hati, bawa barang yang perlu sahaja ketika keluar hotel. Pastikan ambil insurans perjalanan. Dalam kes kawan aku ni, kompeni kami memang siapkan insurans perjalanan, so kerugian kawan aku tu kemungkinan akan dibayar pampasan insurans.





Wednesday, April 4, 2012

Gala Dinner

melancong percuma anjuran hai-o merketing for premium beautiful agents
Acara kemuncak setiap kali trip melancong, kumpulan kami akan adakan acara Gala Dinner. Masing-masing bergaya dengan baju baru tradisional Vietnam. Aku pun sama lah jugak..keh keh keh.. disamping itu sambutan hari lahir para hadirin yang lahir dalam bulan Mac, tak kira tua atau muda.. diorang dapatlah naik pentas, tiup lilin birthday cake, dan dapat cup cake sorang satu....tak jeles pun..hahaha! sama-sama menyanyi lagu happy birthday untuk diorang tu… last sekali ada sesi testimoni daripada wakil-wakil kumpulan yang terpilih....sebagai pembakar semangat kepada semua di situ....

melancong percuma anjuran hai-o merketing for premium beautiful agents samurai

melancong percuma anjuran hai-o merketing for premium beautiful agents makan

Acara memenuhkan perut masing-masing semasa Gala Dinner... keesokan harinya sebelum kami bertolak pulang ke Malaysia, sempatlah kami singgah ke market ben thanh untuk menghabiskan sisa-sisa duit dong.. pengalaman aku melancong ke bandar ho chi minh atau saigon ni memang mengujakan. Harapan aku, ini bukanlah trip yang pertama dan terakhir bersama kumpulan ini. Semoga aku dapat melancong percuma setiap kali ada pakej baru dan membawa lebih ramai rakan kongsi... insya-Allah...








Monday, April 2, 2012

Pengalaman Membonceng Motorsikal di Vietnam

Huh, setakat merempit atas jalanraya di malaysia ni tak hairanlah. Ini kat Vietnam lain pengalaman dia. Kalau korang pernah pergi vietnam tau la maksud aku. Penduduk bandar Ho Chi Minh ni saja dah cecah 7 juta lebih. Rakyat negara vienam lebih kurang 80 juta, compared malaysia 27 juta orang. Tourist leader tu cakap, nisbah motorsikal kat bandar ni, 2:1.. maksudnya setiap 2 org vietnam ada sebijik motor..perghh... kat atas jalan tu penuh dgn motor jer. Kenderaan lain mcm kereta, lori, bas memang ada tapi tak banyak mcm malaysia. Satu lagi, kat sini driver sebelah kiri mcm amerika.

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful penunggang motorsikal

Aku perhatikan, jalanraya kat sini bukan sebaik jalan kat KL tapi takde pun jammed. Mungkin sebab byk motor atas jalan, boleh cilok2.. tapi cara driving diorang lain, motorists bawak motor slow2 je, kalau kita kat malaysia, kereta byk jalan rapat2 bumper to bumper mcm tu la kat sini cuma kereta ganti motorsikal...rim to rim la kut... kekadang tu ada org naik basikal, sama laju jer dgn motorsikal.. heheh!

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful muatan lebih

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful beca vietnam

Aku perhati kat sini, simpang banyak, dan bukan semua simpang ada traffic light. Yg takde traffic light tu mmg seram aku nengok, motor dari semua arah bertembung kat simpang tu...boleh bayang tak? tapi tak eksiden.. tapi kalau eksiden pun setakat cedera ringan je sebab semua bawak slow. Ada sekali bas kami naik tu buat u-turn kat tengah2 jalan besar, double line pulak tu... jammed la sekejap tapi diorg cool je, takdelah marah atau bunyikan hon.

Hari tu aku nak beli helmet telur masin vietnam tapi tak tau kat mana nak tuju. So aku tanyalah pakcik vietnam tu, dia ofer naik motor dia, upah hantar pergi balik usd1, dekat je pun..hehe, dpt jugak aku merasa membonceng motor spt warga vietnam. Helmet kat sini lain, kecik, tak sure tahap keselamatan dia mcm mana. Tapi sesuailah pakai, sebab diorg bawak slow jer..

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful helmet telur masin

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful bonceng motor vietnam

Aku perasan sepanjang aku duk sini, dlm beribu-ribu bijik motor atas jalanraya, termasuk kereta, lori, bas dll... tak ada sebijik kenderaan pun mengeluarkan asap hitam. Kalau kat malaysia biasalah tu. Udara kat sini pun rasa fresh je, berjalan tepi jalanraya pun tak rasa semput sedut asap motor. Motorists pun ramai yg pakai facemask kain, bukan yg medical tu. Aku pun ada beli, nak pakai kat malaysia. Aku pernah cari tp kat malaysia takde.

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful pakai facemask

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful stesen minyak

Harga minyak di vietnam ni mahal, VND20900 bersamaan lebih kurang RM3.30.. Kita rakyat malaysia kenalah bersyukur dapat subsidi minyak. Mungkin orang vietnam ni tak terasa bean sangat sebab diorang gunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama.






Sunday, April 1, 2012

Shopping di Vietnam

Selama empat hari tiga malam pengalaman aku bercuti di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Boleh aku katakan kat sini memang seronok membeli-belah. Daripada barang-barang souvenir yang murah, pakaian berjenama tiruan dan kain sutera sehinggalah barang-barang berjenama high end class seperti butik-butik chanel, rolex dan sebagainya semuanya ada di sini.

melancong free ke saigon city vietnam shopping di rex hotel with premium beautiful

Sudah puas kami membeli-belah di Ben Thanh Market, night market, seterusnya kami pergi ke Saigon Complex, Rex Hotel dan China Town..biasalah tempat-tempat macam ni menjadi kegilaan kaum hawa termasuklah bini aku..aku sekadar mengekor sambil ambil gambar aje..

free travel to vietnam for premium beautiful corset agents to china town
pintu masuk pasar borong di China Town
free travel to vietnam for premium beautiful corset agents dalam pasar borong chinatown
dalam pasar borong China Town
 China Town di sini, adalah kawasan penempatan kaum cina dan kami singgah di salah sebuah kompleks borong. Di sini, barang-barang seperti pakaian, kasut dan beg dijual secara borong dan harganya amat murah. Saigon Square seperti shopping mall biasa yang banyak terdapat dekat mana-mana, nothing so special. Rex Hotel actually memang hotel, tapi dekat ground floor dia buat shopping arcade, tapi semuanya high end brand.

free travel to vietnam for premium beautiful corset agents to rex hotel saigon city
luar Rex Hotel





















Harga barang berjenama di sekitar sini jika dibandingkan di Malaysia, lebih kurang je. Tapi beli kat sini ada sentimental value. Kenangan berada di Ho Chi Minh City atau Saigon, Vietnam...



Saturday, March 31, 2012

Vietnamese Cu Chi Tunnels

Hari ketiga di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Macam biasa breakfast di hotel. Makan bufet, makanan campur-campur ada western dan Malaysian food. Ada roti canai lagi..rasanya boleh tahan sedap tapi orang Vietnam yang tebar roti tu tak berapa pandai, so bentuk tak kembang. Solution, dia potong roti canai tu kecil-kecil..kih kih

Lepas breakfast kami pergi Cuchi Tunnel. Tempat gerila Vietnam ataupun markas tentera Vietcong menyorok dalam terowong bawah tanah daripada tentera Amerika. Jaringan terowong ni sepanjang 250 km! panjang tu. Terowong ni ada ada 3 level kedalaman. Pertama 3 meter dari permukaan bumi, kedua 6 meter, paling dalam 10 meter. Di situ ada beberapa kesan kawah tempat bom B52 jatuh, besar lubang kawah tu tapi tak ada satu pun yang kena terowong tu.

Pintu-pintu masuk dlm terowong ni sangat kecil, sengaja sebab mat salleh badan besar tak muat. Biasanya lubang masuk ditutup papan dan ditutup dengan daun-daun kering di atasnya. Yang menariknya ada sistem pengudaraan, dan mereka guna busut anai-anai. Kalau tak ada busut dekat situ, mereka akan buat busut tiruan guna tanah liat. Nampak memang macam real.

Percaya tak sepanjang zaman perang seramai 17 bayi dilahirkan dalam terowong tu... terowong tu dahlah gelap, sempit pulak tu.. mcm mana lah gamaknya diorang bersalin. Actually, terowong ni salah satu kaedah orang vietnam menyorok. Cara lain, org kampung vietnam buat lubang bawah rumah, misalnya bawah katil. Bila tentera datang diorang menyorok la dalam lubang tu.

Ada kisah diceritakan oleh tourist leader kami, seorang tua menceritakan pada zaman perang tu, ketika dia dan keluarganya menyorok dalam lubang tu daripada tentera. Tiba-tiba bayinya menangis, dia terpaksa menutup rapat mulut bayinya. Sampailah tentera tu beredar, bayinya dah meninggal... sedih sangat, tapi terpaksa buat begitu, lebih baik mati seorang daripada satu keluarga dibunuh kalau terkantoi...

Selain terowong ni, ada beberapa tarikan lain, seperti jerangkap samar. Jerangkap samar ni ada macam2 jenis, semuanya menakutkan. Yang lucu tu ada sejenis perangkap ni nama dia "souvenir trap" pasal siapa yang terpijak perangkap tu tak mati tapi cangkuk besi yang tertusuk pada kaki dia memang susah nak cabut. Terpaksalah bawa balik ke kem untuk cabut dengan alat. Heheh!

Dekat hujung kawasan ni ada padang sasar menembak. Di sini korang boleh try bakat menembak, pilihlah senjata antik zaman perang. Peluru kena beli. Aku tak minat tembak-menembak ni, bising menyakitkan otak. Dulu zaman sekolah menengah masuk kadet, tapi masa lawatan ke kem askar dan diberi peluang menembak guna M16 pun aku tak nak...

Last sekali, on the way keluar kami ikut tourist guide masuk dalam terowong tu. Punyalah gelap gelita, sempit kena berjalan itik sepanjang 40 meter. Itupun rasa nak pengsan, berpeluh-peluh. Macamana la diorang zaman tu duduk dalam tu. Merangkak berbatu-batu, sekarang ni lubang tu dah dibesarkan untuk pelancong masuk.. dulu sempit..

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam
jerangkap samar, ni sample. Original zaman dulu saiz dia besar..

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam 2012
tertutup secara automatik
melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam mac 2012
pintu masuk sempit (sudah dibesarkan)

melancong percuma ke cuchi tunnel dengan premium beautiful business ke vietnam saigon city
now you see, now you don't

free travel to cuchi tunnel dengan premium beautiful business ke vietnam
yang ni lubang masuk tipu

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam ke cuchi tunnel depan kereta kebal

melancong percuma dengan premium beautiful business ke cuchi tunnel sticking trap

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam cupping armpit trap

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam rolling trap

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam window trap

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam folding chair trap

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam swinging up trap

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam fish trap
atau souvenir trap..
melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam see saw trap

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam door trap
melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam demo rice paper
demo buat "rice paper" untuk kulit spring roll

melancong percuma dengan premium beautiful business ke vietnam depan pintu masuk



melancong percuma melawat cu chi tunnel di vietnam

melancong percuma melawat cu chi tunnel di vietnam by adibah










 overall, tempat ni memang wajib dilawati kalau korang datang melancong ke ho chi minh city. Tapi, mesti ada tourist guide yang bercerita.




Friday, March 30, 2012

Peluang Mengemis di Vietnam

peluang melancong percuma ke ho chi minh dengan premium beautiful group



Sepanjang 4 hari aku berada di Ho Chi Minh City atau nama lama Saigon, aku perasan tidak ramai pengemis di sekitar bandar ini. Kalau kira nisbah bilangan pengemis kepada jumlah penduduk bandar ho chi minh yang seramai 7 juta orang lebih, memang sikit benarlah. Seingat aku ada 3 orang pengemis je yang aku jumpa... Itu pun aku tengok memang betul-betul uzur la.. Sorang tu macam bangkai bernyawa, agaknya penagih dadah kut, 2 orang lagi tu pun nampak dah cacat dan tak berupaya.

Aku tanya dekat tour leader aku, nama dia Terk, dia cakap sini kerajaan bantu orang-orang susah dengan bagi pekerjaan. Dia kata, kat pedalaman ramai juga yang mengemis. Tapi, aku rasa pengemis ni diorang mesti datang ke bandar nak mengemis, sebab kalau mengemis kat kampung lagilah takde org nak menderma..betul tak?

free travel from hai-o marketing to premium beautiful agents
free travel from hai-o marketing to premium beautiful agents tukang gunting rambut

Rata-rata rakyat kat sini, aku tengok diorang mesti berniaga, walaupun nampak sesusah mana pun atau barang sekecil mana pun. Contohnya, ada ibu-ibu yang menjaja barang kecil contoh kipas kertas, rantai tangan manik, poskad dan tisu yang harganya beberapa dolar je, sambil mendukung anak dari pagi sampai malam. Kasihan sungguh aku tengok. Merayu-rayu minta beli barang dijual. Tapi kalau kat Malaysia lain sikit, merayu minta derma.

melancong free ke saigon city vietnam bersama hai-o
melancong free ke saigon city vietnam bersama hai-o tengok penjaja bersama anak

melancong free ke vietnam bersama group premium beautiful

Ramai yang berniaga sambil berjalan, maksud aku tak ada kedai. Ada yg usung barang jualan ke sana-ke mari, banyak dan berat pulak tu..Aku impressed betullah dengan kesungguhan diorang ni dalam mencari rezeki yang halal.

peluang melancong percuma ke ho chi minh dengan premium beautiful corset biz

peluang melancong percuma ke ho chi minh dengan premium beautiful hai-o

peluang melancong percuma ke ho chi minh vietnam dengan premium beautiful

peluang melancong percuma ke vietnam dengan premium beautiful
 
So, kalau ada orang malaysia nak cuba nasib mengemis kat vietnam baik tak payahlah..mesti income tak besar punya...kih kih kih.. sebab memang tak ramai yg mampu menderma... kalau kat malaysia ni, dah layak mengemis dah tapi sana kena berniaga cari makan... kat vietnam ni, 80% rakyat dia dibawah paras kemiskinan... tu dia, tinggi tu.. average income per capita USD1300 je setahun...RM4 ribu lebih setahun, sebulan dlm RM330 jer... rakyat Malaysia? hmmm... bersyukurlah...