Thursday, March 29, 2012

Muzium Perang Saigon City Vietnam

melancong percuma bersama premium beautiful business group di vietnam



melancong percuma bersama premium beautiful business group di saigon city
Hari kedua di Bandar Ho Chi Minh, lepas lunch, kami pergi muzium perang, tengok peninggalan peralatan perang Vietnam dulu. Sungguh ngeri tengok gambar-gambar mangsa perang. Berjuta-juta yg mati, majoritinya wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa…

Lebih mengerikan apabila tengok gambar-gambar mayat mangsa bom fosforus..nauzubillah, mayat hancur rentung warna hitam hangus kena fosforus.

melancong percuma bersama premium beautiful business group ho chi minh city
Selain bom, tentera amerika juga guna senjata biologi. Pelbagai jenis ejen perosak atau racun digunakan. Yang paling ganas ialah Agent Orange..hemmm..benda ni mengandungi bahan paling toksik pernah dijumpai..tak silap aku namanya dioxin.

Habis semua binatang dan pokok mati selain manusia... hutan jadi padang jarak padang tekukur la senang cerita. Banyaklah kes kecacatan bayi, mutasi genetic akibat keracunan benda alah tu. Ada satu gambar tunjuk gambar anak askar amerika pun cacat dipercayai benih bapa dah mutasi terkena masa perang... nasib takde sorang pun mutasi yg jadi x-men ;)


melancong percuma bersama premium beautiful business group di vietnam from dr hasbi

melancong percuma bersama kumpulan hai-o premium beautiful business group di vietnam
Kalau korang minat nak tahu sejarah perang vietnam lebih mendalam, eloklah datang ke muzuim ini. Syukurlah negara kita tak pernah melalui zaman sedahsyat tu.




No comments :

Post a Comment