Friday, April 6, 2012

Kes Ragut di Vietnam

Pengalaman aku melancong ke bandar Ho Chi Minh tidak akan dilupakan. Walaupun singkat tapi banyak pengalaman baru dan berbeza dibandingkan dengan negara-negara lain ataupun Malaysia. Kes ragut memang biasa kita dengar di tempat kita. Ada kes ragut sehingga meragut nyawa apabila mangsa ragut diseret oleh motorsikal peragut ataupun dilanggar kenderaan lain. Jenayah seperti ini juga berlaku di Ho Chi Minh atau Saigon City.

melancong percuma ke serata dunia bersama premium beautiful business
Kejadian ini berlaku ketika rombongan bas kami tiba ke Hotel Equatorial. Semua orang turun tanpa menghiraukan dua orang vietnam atas motorsikal sedang memerhatikan kami. Tiba-tiba dua orang ni memecut laju sambil menarik beg tangan kawan aku. Kawan aku ni cuba melawan tapi terjatuh dan beg tu berjaya dilarikan peragut-peragut tu.

Kami tak sempat nak berbuat apa-apa, tourist guide tu kata harapan nak dapatkan balik beg tu memang tipis. Kitorang tenangkan kawan aku ni, trauma betul. Aku tolong cuci dan balut luka kat lengan dia. Jumlah kerugian dianggarkan lebih RM4 ribu termasuk duit tunai, kamera, handphone, kad atm dan kad kredit. Lepas call bank matikan servis kad tu semua, dia pergi balai polis buat repot. Yang penting passport kami selamat sebab disimpan oleh tourist guide.

Pengajaran, kepada korang yang bercadang nak pergi melancong ke vietnam. Sentiasa berhati-hati, bawa barang yang perlu sahaja ketika keluar hotel. Pastikan ambil insurans perjalanan. Dalam kes kawan aku ni, kompeni kami memang siapkan insurans perjalanan, so kerugian kawan aku tu kemungkinan akan dibayar pampasan insurans.





No comments :

Post a Comment