About Me

jom melancong percuma bersama dalam premium beautiful corset business
Nama aku Hasbi bin Harun, berasal dari Kuala Terengganu tapi menetap di Kuala Lumpur. Sudah mendirikan rumahtangga sejak 2006 dan dikurniakan 2 orang anak lelaki yang comel. Isteriku bernama Adibah Karimah, seorang suri rumahtangga tetapi aktif menjalankan perniagaan pakaian dalam wanita menggunakan internet sebagai medium perniagaan.

Bidang penulisan bukanlah kepakaran aku. Lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan pada tahun 2003 daripada salah sebuah universiti perubatan swasta di ibukota. Berkhidmat dalam sektor kerajaan hampir 9 tahun sebelum aku mengambil keputusan untuk membuka klinik sendiri pada Mei 2011.

Bermulanya setelah aku tamat pelajaran, aku berkhidmat di Hospital Seremban selama 2 tahun sebagai doktor pelatih, kemudian ditukarkan ke Hospital Daerah Tampin. Di sana, aku sempat berkhidmat selama setahun sebelum aku memohon bertukar ke Kedah atas alasan bakal isteri masih menuntut di UUM Sintok, Kedah.

Aku berpindah ke Changlun, Kedah pada bulan Ogos 2006. Berulang-alik ke tempat kerja di Kuala Nerang yang jaraknya lebih 40 km. Selepas 2 tahun, isteriku tamat belajar dengan kelulusan ijazah dalam bidang IT. Kami kemudian berpindah ke Jitra, Kedah bila aku ditukarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Di situlah tempat kerja terakhir sebelum aku meletakan jawatan sebagai Pegawai Perubatan Gred UD48.

Mula terlibat dalam perniagaan korset bersama isteri kerana kami mempunyai impian dan minat yang sama, iaitu bebas kewangan dan melancong ke serata dunia. Aku percaya, ramai yang mempunyai impian dan minat yang sama dengan aku. Namun, aku telah mengambil langkah pertama dengan menjejakkan kaki dalam bisnes ini.