Monday, March 26, 2012

Saigon Central Post Office

Kami naik VietnamAirlines, stewardness diorg tak lawa, mcm airasia je..kih kih kih.. lunch dlm flight je..
Sampai Vietnam, kat airport Ho Chi Minh City. Perjalanan makan masa 1 jam 50 minit..kejap je pun. Tempat pertama, pergi tengok Post Office lama Bandar Ho Chi Minh ataupun Saigon City. Post Office ni org Perancis bina, skrg dah jadi tempat tarikan. Adalah section post office tu tp sebahagian besar dh jadi tempat jual souvenir, pameran dah. Building ni dibina tahun 1855.

free holiday to ho chi minh city, vietnam now at saigon central post office
dengan wife dpn Pejabat Pos 
free travel to vietnam, at saigon central post office in ho chi minh city
Pondok telefon antik

free trip to vietnam, fully sponsored by company


dalam post office..

melancong percuma ke bandar ho chi minh vietnam
tour leader sedang bercerita..
melancong ke vietnam secara percuma tajaan hai-o marketing
bas pelancong kami..

waktu petang di sekitar bandar ho chi minh vietnam berhampiran gereja cathedral
gereja..
bersama rakan kongsi melancong free ke vietnam
























tak ade apa sgt aku nak bercerita kat sini...bab2 sejarah aku kureng minat sikit... dulu dalam kelas sejarah time sekolah menengah aku tido dlm bilik bacaan kat belakang kelas jer...hehehe.. tp ntah mcmana la spm dpt A1, bajet dpt C6 sbb slalu exam tak lari la C5, 6 atau F.. maybe paper spm tu tak ramai org score, so julat A1 diturunkan sampai tak terhingga...emmm, agaknya A1 40% je kut time tu..;)

okey, next entry aku citer tempat lain pulak...tungguu...





Sunday, March 25, 2012

Pengalaman Melancong ke Vietnam

Kali kelima, ni yg aku nak cerita panjang sikit. Walaupun tempat tak jauh sangat, tapi kalau pakej 5 star and fully sponsored, memang jadi sangat best la.. kitorang pergi Vietnam! Kali ni bukan aku dan wife aje yg dpt free, kitorang bawak geng rakan kongsi 10 orang lagi.

Aku mmg excited giler la dpt pergi Vietnam tu..kalau nak pergi sendiri bukan tak mampu, tapi rasa keberatan nak kuar duit poket sendiri, nak apply cuti, nak kira bajet, and all the related costs!

Aku dpt offer awal lagi, sebulan awal dah kut…awal-awal tak la excited sangat..yela lambat lagi..tp malam sebelum berlepas ke Vietnam tu lain macam pulak rasa, tak boleh nak tidur…terover excited..aku rasa sejam lebih je kut tidur…adrenalin rush agaknya..hehe

Besoknya, lepas solat subuh dah bertolak ke KLIA, kitorg kumpul 10 pagi..flight ke Vietnam tu 12.15pm… sempatlah kitorg bergambar sakan kat KLIA tu. Kat situ je dah dkt seratus keping gambar ambik..ambik ko! tapi tak payahlah nak upload kat sini setakat gambar kat KLIA tu..




Sampai kat Vietnam, kami singgah kat bandar sekejap, ambik feeling kat vietnam..hehe..

Pukul 5 lebih kami pergi check in Hotel Equatorial, hotel 5 bintang ni. Rate sini dlm usd300 per night. Hotel kat sini mahal actually, kecik pun beratus dolar. Sebab mat salleh ramai melancong kat sini kut. Time kat Vietnam lambat sejam. Kalau Malaysia kul 10 pagi, Vietnam kul 9 pagi gitulah.

ececeh! sempat buka facebook lagi tuh.. -->>



Di sini duit VND (vietnam dong), RM1=VND6200 masa aku tukar.. aku pergi vietnam ni bahagian Ho Chi Minh atau Saigon City. Cuma 4 hari 3 malam kat sini, tapi puas hati lah dgn servis ejen pelancongan kami ni..

Next entry aku cerita tempat2 menarik yg kami singgah okey!





Saturday, March 24, 2012

Seronok Melancong

Melancong memang seronok, apatah lagi kalau dapat melawat negara orang. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman. Bagi aku, melancong ke serata dunia adalah impian aku sejak kecil. Dulu masa umur aku lebih kurang 6 tahun,  aku pernah minta borang nak jadi pilot dari kakak aku, sebab nak jelajah serata dunia. Dia bagi aku poskad. Dia cakap simpan elok-elok, nanti isi untuk apply jadi pilot. Time itu aku percaya, tapi sekarang aku tahu itu sebenarnya poskad saja…

Kali pertama aku ke luar negara, time aku ikut emak dan ayah aku pergi umrah. Masa tu baru 11 tahun, dah tak berapa ingat….dah lebih 20 tahun dulu..

Kali kedua, aku dpt buat elektif kat hospital di Sydney, masa tahun 2 medical school dulu…sponsored by MARA…kalau duit sendiri tak mampu la den..

Kali ketiga, aku honeymoon di Gold Coast, Australia… aku kahwin bulan 6 tahun 2006, aku dah book tiket awal..murah, memang kira bajet betullah…sebab aku pernah pergi ke sana time elektif dulu, so aku decided nk travel as backpackers je..jimat bangat!

Kali keempat, ni paling best setakat ini… aku melancong ke Switzerland and Germany… best sangat sebab percuma. Haha! Wife aku dapat tiket percuma, so dia belikan satu tiket untuk aku…best sangat!

free holiday travel to ho chi minh city or saigon city in vietnam

free travel to ho chi minh or saigon city in vietnam
bersama wife...

free trip to vietnam, fully sponsored by company

Kali kelima...ke Vietnam...gambar-gambar kat atas sebagai introduction la ye.. ;)