Thursday, March 29, 2012

Muzium Perang Saigon City Vietnam

melancong percuma bersama premium beautiful business group di vietnam



melancong percuma bersama premium beautiful business group di saigon city
Hari kedua di Bandar Ho Chi Minh, lepas lunch, kami pergi muzium perang, tengok peninggalan peralatan perang Vietnam dulu. Sungguh ngeri tengok gambar-gambar mangsa perang. Berjuta-juta yg mati, majoritinya wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa…

Lebih mengerikan apabila tengok gambar-gambar mayat mangsa bom fosforus..nauzubillah, mayat hancur rentung warna hitam hangus kena fosforus.

melancong percuma bersama premium beautiful business group ho chi minh city
Selain bom, tentera amerika juga guna senjata biologi. Pelbagai jenis ejen perosak atau racun digunakan. Yang paling ganas ialah Agent Orange..hemmm..benda ni mengandungi bahan paling toksik pernah dijumpai..tak silap aku namanya dioxin.

Habis semua binatang dan pokok mati selain manusia... hutan jadi padang jarak padang tekukur la senang cerita. Banyaklah kes kecacatan bayi, mutasi genetic akibat keracunan benda alah tu. Ada satu gambar tunjuk gambar anak askar amerika pun cacat dipercayai benih bapa dah mutasi terkena masa perang... nasib takde sorang pun mutasi yg jadi x-men ;)


melancong percuma bersama premium beautiful business group di vietnam from dr hasbi

melancong percuma bersama kumpulan hai-o premium beautiful business group di vietnam
Kalau korang minat nak tahu sejarah perang vietnam lebih mendalam, eloklah datang ke muzuim ini. Syukurlah negara kita tak pernah melalui zaman sedahsyat tu.




Wednesday, March 28, 2012

Vietnamese Water Puppet Show

Hari kedua di Vietnam, lepas breakfast di hotel, kami pergi tengok Vietnamese Water Puppet Show di Ho Chi Minh City. Puppet show adalah hiburan tradisional masyarakat Vietnam. Macam wayang kulit kita la.. Cuma puppet show mereka lagi canggih. Ada pentas di sebelah kiri dan kanan kolam air, tempat tukang karut memainkan muzik latar dan bercerita. Pemain-pemain patung tu duduk di belakang tabir dalam kolam tu. 

jom melancong percuma dengan premium beautiful business
jom melancong percuma dengan hai-o marketingpeluang melancong percuma dengan premium beautiful biz
Menurut info, satu patung itu dimainkan oleh beberapa orang untuk menghasilkan pergerakan patung yang lancar dan menarik. Aku pun tak boleh nak fikir macam manalah mereka buat. Show tu sejam lebih tapi rasa sekejap je. Memang rasa tak puas, walaupun sepatah haram tak faham apa yang dicakap. Lagi best kalau ada sarikata..kah kah kah! 

Sini aku nak berkongsi video clip yang aku sempat rakam time menonton show. Kalau korang nak tahu harga tiket sorry la aku tak tahu. Sebab aku tak faham bahasa vietnam yang ditayang kat kaunter tu. Yang kami tengok ni dah fully sponsored so aku tak minatlah nak tahu segala kos yang terlibat.

 






Aku sempat rakam 3 klip je, pendek-pendek sebab aku duk kusyuk layan show..berat rasa tangan nak pegang kamera dslr aku tu lama2..heheh..

Kalau korang pergi melancong ke vietnam jangan lepaskan peluang tengok water puppet show ni. Memang berbaloi...





Harimau Malaya Melawan Vietnam

Jangan marah kalau rasa tertipu dengan tajuk entri ini... saja je aku buat gimik sikit, lagi pun memang betul gambar barisan pasukan Harimau Malaya.. cuma jersinya saja yang betul, yang lain tak betul...hehehe..
Sebenarnya, ini gambar aku bersama kumpulan tengah tunggu nak menonton vietnamese water puppet show kat bandar ho chi minh... 

melancong percuma ke vietnam di luar vietnamese water puppet show
yang kat bawah ini pulak peminat fanatik pasukan Harimau Malaya...hehe, kami semua pakai baju warna biru, itu tema warna kumpulan kami untuk hari kedua di vietnam...

melancong percuma ke ho chi minh vietnam from hai-o marketing
tengok aku kat belakang tak pakai jersi harimau malaya pun, sebab aku memang tak suka pakai jersi.. jersi ni kain dia licin, ringan dan nipis... sebab itu kalau aku pakai aku rasa geli-geli... rasa macam tak pakai baju pulak... hehe..





Tuesday, March 27, 2012

Restoran Halal di Vietnam

Sepanjang berada di Vietnam soal makan takde masalah. Kat sini rupanya banyak restoran halal. Masakan melayu kat restoran kitorang pergi memang sedap, memang kena lah dgn tekak aku. Macam duk kat Malaysia pulak. 

restoran makanan halal di bandar ho chi minh

restoran halal di saigon city vietnam banyak didapati
restoran halal di saigon city vietnam banyak didapati kami menjamu selera
menjamu selera...
restoran halal di saigon city vietnam banyak didapati
masakan melayu...best!
restoran halal masakan nyonya di saigon city vietnam banyak didapati
masakan nyonya...sedap jugak! tokey dia chinese warganegara malaysia..
ni antara restoran yg aku pergi makan masa kat vietnam...breakfast tiap2 hari bufet kat hotel tempat inap Hotel Equatorial. So, kalau korang nak pergi Ho Chi Minh jgn risau nak makan kat mana..cari le restoran2 kat atas ni..actually, dkt sekitar restoran nyonya tu ade beberapa lg restoran halal..tak snap la plak gambarnya..



 

Ben Thanh Market dan Night Market

Hari pertama kat Ho Chi Minh City aku pergi Ben Thanh Market. Sini sempatlah aku ngan bini aku tempah baju tradisional utk Gala Dinner nanti. Tema baju tradisional kaler hijau. Pekedai tu ckp 24 jam boleh siap hantar ke hotel kami. Untuk aku, aku beli ready made je senang.

best free travel to vietnam fully sponsored by company

best free holiday fully sponsored from company for premium beautiful agents
sekali pandang mcm pasar kedai payang kat kuala terengganu ler...tapi ni bukan batik sutera terengganu


best free holiday fully sponsored from company for premium beautiful top agents

best free holiday fully sponsored from company hai-o
amacam, ada gaya mamat vietnam tak??


Ben Thanh market ni actually pasar tertutup dlm building bentuk 4 segi. Ada pintu masuk dari setiap penjuru. Dlm tu terbahagi beberapa section, section jual kain pasang, section beg, section souvenir, t-shirt, makanan kering, basah etc. Paling senang aku katakan ia ala-ala Pasar Payang kat Terengganu la..bezanya,  kat sini lagi byk kedai. Lot kedai kecik2, rapat2 tp brg bertimbun. Harga pun murah kalau pandai tawar.

Kalau korang nak dtg sini, ni tips and tricks dia. Harga yg pekedai tu ckp harga tinggi, generally kalau kain boleh tawar sampai at least 50%, kalau pandai boleh cecah diskaun 70%, beg dlm 50%, brg2 lain dlm 20%. Kalau dah minat brg tu, contohnya kain pasang, tanya harga past terus offer separuh dari tu. Kalau diorg geleng atau tak bagi diorg akan hulur kalkulator suh kita tunjuk harga kita nak. Diorg akan jual mahal, asyik duk ulang ayat “maximumly??”, kononnya best offer kita boleh bagi. Diorg mesti takkan bagi harga korang offer, pastu korang kena buat tak jadi beli and angkat kaki nak blah…hah! Time tu korang tengoklah, mesti tak caya..harga korang bagi yg tak masuk akal tadi diorg akan setuju..cubalah

melancong percuma dengan hai-o marketing

Malam lepas dinner, kami dihantar ke night market Ben Thanh. Night market ni kat luar sekeliling Ben Thanh Market tu je.. kitorg pronoun Ben 10 market..ekeke
best free holiday to ho chi minh city vietnam
kelapa muda kat sini rasa sedap semacam je, atau ilusi aku semata.. sebijik VND20,000 atau USD1

Night market ni, jual brg2 dia mcm ala2 petaling street la. Ada souvenir, ada t-shirt, kasut, sandle, beg, buah-buahan, gerai makan. Ada la dua tiga org muslim yg jual telekung sembahyang. Apalagi, memborong la sebab murah setengah harga dari kat Malaysia. Aku beli t-shirt, souvenir and beg telekung utk kawan2 kat Malaysia. Pukul 9.30 malam balik ke hotel. Penat gilos, tidur lena malam tu..Zzzz…







Monday, March 26, 2012

Saigon Central Post Office

Kami naik VietnamAirlines, stewardness diorg tak lawa, mcm airasia je..kih kih kih.. lunch dlm flight je..
Sampai Vietnam, kat airport Ho Chi Minh City. Perjalanan makan masa 1 jam 50 minit..kejap je pun. Tempat pertama, pergi tengok Post Office lama Bandar Ho Chi Minh ataupun Saigon City. Post Office ni org Perancis bina, skrg dah jadi tempat tarikan. Adalah section post office tu tp sebahagian besar dh jadi tempat jual souvenir, pameran dah. Building ni dibina tahun 1855.

free holiday to ho chi minh city, vietnam now at saigon central post office
dengan wife dpn Pejabat Pos 
free travel to vietnam, at saigon central post office in ho chi minh city
Pondok telefon antik

free trip to vietnam, fully sponsored by company


dalam post office..

melancong percuma ke bandar ho chi minh vietnam
tour leader sedang bercerita..
melancong ke vietnam secara percuma tajaan hai-o marketing
bas pelancong kami..

waktu petang di sekitar bandar ho chi minh vietnam berhampiran gereja cathedral
gereja..
bersama rakan kongsi melancong free ke vietnam
























tak ade apa sgt aku nak bercerita kat sini...bab2 sejarah aku kureng minat sikit... dulu dalam kelas sejarah time sekolah menengah aku tido dlm bilik bacaan kat belakang kelas jer...hehehe.. tp ntah mcmana la spm dpt A1, bajet dpt C6 sbb slalu exam tak lari la C5, 6 atau F.. maybe paper spm tu tak ramai org score, so julat A1 diturunkan sampai tak terhingga...emmm, agaknya A1 40% je kut time tu..;)

okey, next entry aku citer tempat lain pulak...tungguu...





Sunday, March 25, 2012

Pengalaman Melancong ke Vietnam

Kali kelima, ni yg aku nak cerita panjang sikit. Walaupun tempat tak jauh sangat, tapi kalau pakej 5 star and fully sponsored, memang jadi sangat best la.. kitorang pergi Vietnam! Kali ni bukan aku dan wife aje yg dpt free, kitorang bawak geng rakan kongsi 10 orang lagi.

Aku mmg excited giler la dpt pergi Vietnam tu..kalau nak pergi sendiri bukan tak mampu, tapi rasa keberatan nak kuar duit poket sendiri, nak apply cuti, nak kira bajet, and all the related costs!

Aku dpt offer awal lagi, sebulan awal dah kut…awal-awal tak la excited sangat..yela lambat lagi..tp malam sebelum berlepas ke Vietnam tu lain macam pulak rasa, tak boleh nak tidur…terover excited..aku rasa sejam lebih je kut tidur…adrenalin rush agaknya..hehe

Besoknya, lepas solat subuh dah bertolak ke KLIA, kitorg kumpul 10 pagi..flight ke Vietnam tu 12.15pm… sempatlah kitorg bergambar sakan kat KLIA tu. Kat situ je dah dkt seratus keping gambar ambik..ambik ko! tapi tak payahlah nak upload kat sini setakat gambar kat KLIA tu..




Sampai kat Vietnam, kami singgah kat bandar sekejap, ambik feeling kat vietnam..hehe..

Pukul 5 lebih kami pergi check in Hotel Equatorial, hotel 5 bintang ni. Rate sini dlm usd300 per night. Hotel kat sini mahal actually, kecik pun beratus dolar. Sebab mat salleh ramai melancong kat sini kut. Time kat Vietnam lambat sejam. Kalau Malaysia kul 10 pagi, Vietnam kul 9 pagi gitulah.

ececeh! sempat buka facebook lagi tuh.. -->>



Di sini duit VND (vietnam dong), RM1=VND6200 masa aku tukar.. aku pergi vietnam ni bahagian Ho Chi Minh atau Saigon City. Cuma 4 hari 3 malam kat sini, tapi puas hati lah dgn servis ejen pelancongan kami ni..

Next entry aku cerita tempat2 menarik yg kami singgah okey!