Monday, April 2, 2012

Pengalaman Membonceng Motorsikal di Vietnam

Huh, setakat merempit atas jalanraya di malaysia ni tak hairanlah. Ini kat Vietnam lain pengalaman dia. Kalau korang pernah pergi vietnam tau la maksud aku. Penduduk bandar Ho Chi Minh ni saja dah cecah 7 juta lebih. Rakyat negara vienam lebih kurang 80 juta, compared malaysia 27 juta orang. Tourist leader tu cakap, nisbah motorsikal kat bandar ni, 2:1.. maksudnya setiap 2 org vietnam ada sebijik motor..perghh... kat atas jalan tu penuh dgn motor jer. Kenderaan lain mcm kereta, lori, bas memang ada tapi tak banyak mcm malaysia. Satu lagi, kat sini driver sebelah kiri mcm amerika.

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful penunggang motorsikal

Aku perhatikan, jalanraya kat sini bukan sebaik jalan kat KL tapi takde pun jammed. Mungkin sebab byk motor atas jalan, boleh cilok2.. tapi cara driving diorang lain, motorists bawak motor slow2 je, kalau kita kat malaysia, kereta byk jalan rapat2 bumper to bumper mcm tu la kat sini cuma kereta ganti motorsikal...rim to rim la kut... kekadang tu ada org naik basikal, sama laju jer dgn motorsikal.. heheh!

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful muatan lebih

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful beca vietnam

Aku perhati kat sini, simpang banyak, dan bukan semua simpang ada traffic light. Yg takde traffic light tu mmg seram aku nengok, motor dari semua arah bertembung kat simpang tu...boleh bayang tak? tapi tak eksiden.. tapi kalau eksiden pun setakat cedera ringan je sebab semua bawak slow. Ada sekali bas kami naik tu buat u-turn kat tengah2 jalan besar, double line pulak tu... jammed la sekejap tapi diorg cool je, takdelah marah atau bunyikan hon.

Hari tu aku nak beli helmet telur masin vietnam tapi tak tau kat mana nak tuju. So aku tanyalah pakcik vietnam tu, dia ofer naik motor dia, upah hantar pergi balik usd1, dekat je pun..hehe, dpt jugak aku merasa membonceng motor spt warga vietnam. Helmet kat sini lain, kecik, tak sure tahap keselamatan dia mcm mana. Tapi sesuailah pakai, sebab diorg bawak slow jer..

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful helmet telur masin

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful bonceng motor vietnam

Aku perasan sepanjang aku duk sini, dlm beribu-ribu bijik motor atas jalanraya, termasuk kereta, lori, bas dll... tak ada sebijik kenderaan pun mengeluarkan asap hitam. Kalau kat malaysia biasalah tu. Udara kat sini pun rasa fresh je, berjalan tepi jalanraya pun tak rasa semput sedut asap motor. Motorists pun ramai yg pakai facemask kain, bukan yg medical tu. Aku pun ada beli, nak pakai kat malaysia. Aku pernah cari tp kat malaysia takde.

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful pakai facemask

free holiday ke vietnam bersama group premium beautiful stesen minyak

Harga minyak di vietnam ni mahal, VND20900 bersamaan lebih kurang RM3.30.. Kita rakyat malaysia kenalah bersyukur dapat subsidi minyak. Mungkin orang vietnam ni tak terasa bean sangat sebab diorang gunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama.






No comments :

Post a Comment